Perniagaan As Salam

Tumpuan syarikat adalah kepada pengeluaran produk herba tradisi orang melayu yang termasyhur khasiatnya. Pengguna dicadangkan agar menggunakan @ mengambil minuman herba setiap hari setiap pagi dan malam setiap kali selepas makan yang mana kesan ketara kepada pengamalnya dapat dilihat dan diarasa dalam tempoh masa yang singkat iaitu selepas 3 hari hingga 7 hari amalan.
Petua orang tua-tua yang sudah menjadi amalan sejak turun temurun ialah dengan mengambil/minum seruas jari manis setiap pagi dan malam. Sukatan ini di praktikkan ke dalam produk D'uncang bagi tujuan memudahkan pengguna mengamalkan tradisi lama ini. Produk keluaran syarikat adalah halal dan proses pengeluarannya mematuhi standard "amalan pengilangan yang baik(GMP)".
Bagi pengetahuan pembaca, GMP merupakan standard atau piawaian proses pengendalian dari peringkat awal pengeluaran hinggalah keperingkat barang siap dipasarkan("finish good"). Kriteria utama yang dititik beratkan ialah:
  1. Mutu Bahan Mentah @ Herba - Hanya herba yang terpilih dan berkualiti tinggi sahaja diproses.
  2. Mutu Pembungkusan - Herba diuncang dan kemudian dibungkus dengan aluminium foil bagi memastikan ia tahan lama, tahan serangan kulat dan kedap udara untuk memastikan tiada kelembapan kepada herba yang boleh menyebabkan ia berkulat sebelum tarikh luputnya iaitu 3 tahun.
  3. Mutu Kotak - Kotak yang digunakan perlu dicetak dengan tepat dan imej/tulisan dapat dibaca dan difahami dengan terang dan jelas. Mutu pencetakkan juga diambil kira yang mana kotak yang salah dicetak akan diasingkan dan tidak akan digunakan.

GMP ini bertujuan antara lainnya memberi keyakinan kepada pengguna terhadap kebergantungan penggunaannya terhadap produk yang berlabel GMP dari sudut kualiti bahan dan kepenggunaan.

Oleh itu, sebarang keraguan terhadap produk yang mempunyai label GMP dapat dikurangkan.

MISI SYARIKAT TERHADAP PROSPEK HERBA

  • Jadikan amalan tradisi dan bergantung kepada kekayaan alam semulajadi
  • Menyemarakkan semula penggunaan herba mengikut amalan orang tua-tua iaitu minum pada kadar seruas jari manis setiap pagi dan malam
  • Mengurangkan kebergantungan terhadap ubat-ubatan sintetik
  • Membentuk gaya hidup yang sihat
  • Mendapatkan kesegaran dipagi hari dan hari-hari yang sentiasa bertenaga

0 comments:

Post a Comment